Wednesday, 19 May 2010
Isteri dan Puteri Rasulullah
Buku ini bermula dengan membawa pros�pektif dan senario kaum wanita sebelum Islam daripada pelbagai bangsa dan agama di dunia. Kemudian dibentangkan profil dan ciri-ciri wanita Mus limah. Seterusnya dipersembahkan riwayat hidup dan keistimewaan para isteri Rasulullah saw serta perbandingannya dengan peranan Muslimah kontempo rari. Berikutnya digarap peranan Rasulullah sebagai suami misali yang ber tanggungjawab. Kemudian dibawakan pula biodata serta peranan yang dimainkan oleh puteri-puteri Rasulullah saw yang menjadi figur untuk melahirkan contoh wanita pendidik dan pejuang yang menanamkan keberanian dan kejujuran kepada generasi akan datang.
Buku ini disudahi dengan menyenaraikan peranan Baginda sebagai bapa dan ketua keluarga yang mampu untuk memimpin ahli keluarga serta masyarakat ke arah melahirkan generasi pelapis yang sanggup untuk memikul tugas mengembalikan agama Islam dianuti oleh pengikut-pengikut yang bertakwa supaya Islam itu sekali lagi menuju ke zaman keagungannya.
Beli di:
http://www.telagabiru.net.my/index
Isteri dan Puteri Rasulullah
Reviewed by Mpg
on
12:19
Rating: 5