Latest News

Showing posts with label Novel. Show all posts
Showing posts with label Novel. Show all posts

Friday, 23 April 2010

Imam Hanbali, Pejuang Kebenaran *Baru

Abdul Latip bin Talib
RM 24.00

PTS Litera Sdn Bhd
23 April 2010
272 muka surat

Imam Hanbali digelar Al-Hakam kerana dapat menghafaz lebih 700,000 hadis dan berpengetahuan mendalam mengenai ilmu hadis. Melayakkan beliau mengeluarkan fatwa dalam hukum feqah. Imam Hanbali juga seorang yang sangat kuat beribadat, beliau sembahyang sunat 300 rakaat sehari semalam dan khatam al-Quran seminggu sekali. Beliau sangat menghormati guru-gurunya. Ketika Imam Syafie menziarahinya di rumah, beliau segera bangun mengemaskan diri, menyambut kedatangan gurunya lalu diberikan tempat duduk yang tinggi sementara dia duduk di bawah. Imam Hanbali tidak gemar bergurau senda, lebih suka mendiamkan diri dan berfikir. Bercakap apabila menjawab soalan mengenai hukum agama. Suka bergaul dengan orang-orang miskin dan kurang bergaul dengan orang kaya dan orang-orang berpangkat.

Khalifah Harun Ar-Rasyid pernah bertanya kepada Imam Syafie tentang orang yang layak menjadi Kadi di Yaman. Imam Syafie mencadangkan muridnya Imam Ahmad. Apabila Imam Ahmad mengunjungi Imam Syafie, beliau ditawarkan dengan jawatan tersebut tetapi ditolaknya dengan berkata "Saya datang menemui tuan bukan untuk mendapatkan jawatan daripada khalifah�. Imam Hanbali terkenal dengan sikap pemurah. Jirannya pernah memberinya sepinggan anggur dibalasnya dengan gula, garam dan beberapa pinggan buah-buahan. Semasa pemerintahan Khalifah Al-Makmum bin Harun Ar-Rasyid, baginda menganut fahaman Muktazilah yang berpendapat al-Quran itu makhluk yang bersifat baharu.

Baginda memaksa ulama-ulama menerima pendapat itu tetapi Imam Hanbali menentangnya dengan mengatakan al-Quran itu kalamullah yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad melalui malaikat Jibril. Akibat penentangannya itu Imam Hanbali ditangkap lalu dipenjara kemudian disebat dengan rotan dalam memaksanya tunduk kepada fahaman Muktazilah. Beliau disebat dengan rotan sehingga kulitnya mengelupas dan keluar darah. Setelah khalifah Al-Makmum meninggal dunia diganti khalifah Al-Muktasyim. Beliau terus memenjarakan Imam Hanbali kerana melindungi fahaman Muktazilah. Sehinggalah Khalifah Al-Mutawakkil yang menganut mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah berkuasa barulah Imam Hanbali dibebaskan. Dalam usaha memujuk Imam Hanbali Khalifah Al-Mutawakkil menghadiahkan 10,000 dirham. Wang itu diambilnya tetapi kemudiannya disedekahkan kepada fakir miskin. Pada hari-hari tuanya Imam Hanbali menjadi tempat rujukan orang ramai khususnya di Baghdad. Dalam menentapkan hukum beliau lebih mengutamakan al-Quran dan as-Sunnah dan pendapat para sahabat Rasulullah. Imam Hanbali meninggal dunia pada pagi hari Jumaat 12 Rabiulawal tahun 241 Hijrah bersamaan 855 Masihi ketika berusia 77 tahun dan dikebumikan di Baghdad.

Beli di:
http://www.bookcafe.com.my

Friday, 26 March 2010

Imam Maliki - Pengarang Kebenaran *Baru

Abdul Latip Talib
RM 24.00

272 muka surat
PTS Litera Sdn Bhd

Merupakan sebuah novel mengenai Imam Malik. Imam Malik ialah pengasas Mazhab Maliki. Keturunannya berasal dari Yaman dan moyangnya berpindah ke Madinah lalu menganut Islam pada zaman Rasulullah saw.

Nama sebenarnya Abu Abdullah Malik bin Anas bin Malik bin Abi Amir bin Amr bin Haris bin Gaiman bin Kutail bin Amr bin Haris al-Asbahi. Beliau kemudiannya lebih dikenali sebagai Imam Malik. Beliau lahir di Madinah pada tahun 95 H/712 M selepas dikandung selama dua tahun oleh ibunya.

Imam Malik dikurniakan umur yang panjang. Beliau hidup pada zaman sembilan khalifah Bani Umaiyah dan lima khalifah Bani Abbasiyah. Bermula dari khalifah al-Walid bin Abdul Malik (95 Hijrah) sampai ke zaman Khalifah Harun al-Rasyid (179 Hijrah). Beliau meninggal dunia pada hari Ahad, 14 Rabiulawal tahun 179 Hijrah ketika berusia 86 tahun.

Dalam umurnya yang panjang, beliau sempat mengarang kita Al-Muwatta, kitab yang dikarang selama 40 tahun. Semuanya kerana beliau cintakan kebenaran dan memperjuangkannya. Kitabnya itu menjelaskan mengapa beliau dianggap pengarang kebenaran.

Beli di:
http://www.bookcafe.com.my

Wednesday, 17 March 2010

Denyut Kasih Medik

Dr Farhan Hadi
RM23.00
Telaga Biru

Denyut Kasih Medik merupakan sebuah kisah perjuangan seorang doktor muda mengaplikasikan syariat di hospital ketika bergelar doktor pelatih (houseman). Ia juga kisah masyarakat kerana menyentuh isu-isu perubatan dalam kehidupan masyarakat. Bukan itu sahaja, ia kisah seorang pemuda yang hidupnya sarat impian dan cita-cita. Lebih menarik ia bukan hanya menyentuh fiqh perubatan bahkan turut menyelitkan fiqh wanita dan fiqh cinta.

Berjayakah misi seorang doktor muda dalam memperjuangkan syariat di hospital ketika bergelar doktor pelatih?

Nikmatilah satu kisah indah yang sungguh membina dalam Denyut Kasih Medik.

Beli di:
http://www.telagabiru.net.my

Friday, 19 February 2010

Senyum Manis Wali Sanga

Sebuah Novel Syiar Tanpa Pedang Para Wali Tanah Jawa
Wawan Susetya

RM35.50
Diva Press

Beli di:
http://fajarilmubaru.com.my

Recent Post