Latest News

Showing posts with label Taman Buku Bimbingan. Show all posts
Showing posts with label Taman Buku Bimbingan. Show all posts

Thursday, 29 July 2010

Cukupkah Sekadar Niat?

Mohd Hairi Nonchi
RM11.00
Karya Bestari Sdn Bhd
Muka surat: 256


Kita sibuk beramal selama ini, tapi adakah bentuk amalan kita itu benar-benar mengikuti petunjuk al-Quran dan al-Sunnah? Cukupkah dengan hanya niat yang baik, maka kita akan diganjari pahala? Bagaimana pula jika secara praktisnya amalan kita menyimpang daripada petunjukNya? Adakah ia masih diterima? Jika anda mahu tahu jawapannya, buku karya Mohd Hairi Nonchi ini akan dapat menjawab persoalan-persoalan tersebut. Buku ini mengupas isu 'niat yang benar' dan 'cara yang benar' dalam melaksanakan amal ibadat seharian. Apa tunggu lagi? Mari kita perbaiki amalan kita sekarang!

p/s: Buku ini ialah karya seorang sahabat saya sebagai sekadar teman penulis. Beliau kelahiran di negeri yang sama dengan saya iaitu Sabah. Beliau telah menghadiahkan buku ini kepada saya. Saya telah membacanya. Subhanallah! Penulisan dan isi perbahasan di dalamnya sangat menarik, ilmiah dan mantap! Anda patut milikinya!

Beli di:
http://mall.karangkraf.com/index.asp

Sunday, 27 June 2010

Siapakah Pengikut Imam al-Syafie dan Mazhab Syafie Yang Sebenar?

Mohd Hairi Bin Nonchi &
Mohd Yaakub Bin Mohd Yunus
RM59.00
Perniaga

Salah satu isu yang hangat diperdebatkan dewasa ini ialah mengenai fenomena penularan fahaman Wahhabi dan ancamannya terhadap perkembangan aliran 'arus perdana' di negara ini (Malaysia). Salah seorang tokoh 'ulama melayu' tanah air yang dilihat paling terkehadapan di dalam melontarkan pelbagai kritikan terhadap golongan yang sering dilabel dan dimasyhurkan sebagai Wahhabi ini ialah Muhammad Uthman El-Muhammadi di mana menerusi salah sebuah rencana beliau yang berjudul Usah Terpesona Tajdid Segera Wahabi (Berita Minggu, Ahad, 20 Disember 2009m ms, 30) beliau telah pun menulis bahawa:

1) Wahhabi ialah golongan yang mudah dalam mengeluarkan hukum kafir sesama Muslim.
2) Wahhabi ialah golongan yang berpegang kepada akidah al-Mujassimah iaitu suatu fahaman yang mengganggap Allah memiliki anggota berjasmani
sebagaimana makhlukNya.
3) Wahhabi menolak bid'ah yang baik (hasanah) dan mengganggap bid'ah
di sisi agama hanyalah satu sahaja iaitu bid'ah yang sesat.
4) Wahhabi melarang orang daripada mengikut mazhab fiqh kononnya seperti
menyembah ulamak.
5) Wahhabi memaksa orang awam untuk membuat keputusan sendiri daripada
al-Quran dan sunnah.
6) Wahhabi merupakan punca yang membawa kepada keruntuhan kerajaan Islam
Turki Uthmaniyyah.

Persoalan yang ingin ditimbulkan di sini adalah, sejauh manakah dakwaan-dakwaan yang dilontarkan oleh beliau ke atas para pendukung al-Sunnah sebagaimana di atas ini adalah suatu fakta yang benar? Apakah benar Ahl al-Sunnah yang selama ini sering dimasyhurkan dengan gelaran 'Wahhabi' boleh dianggap sebagai sesat dan telah terkeluar daripada pegangan Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah? Buku yang berjudul Siapakah Pengikut Imam al-Syafie & Mazhab Syafie Yang Sebenar? ini akan membantu para pembaca sekalian untuk meneracai segala dakwaan di atas, apakah ianya suatu dakwaan yang benar atau sebaliknya.

Beli di:
http://www.jahabersa.com.my

Recent Post