Dihadirkan buku ini di hadapan para pembaca kaum muslimin yang mulia dengan tajuk: Qutufun Minas Syamaail Al-Muhammadiyah wa Al-Adab al-Islamiyah (Meniti Jejak-jejak Keperibadian Rasulullah disertai akhlak an-Nabawiyah dan adab al-Islamiyyah. Dengan kehadiran buku ini kami berharap supaya para pembaca mahu mentelaahnya serta mahu mengikuti Rasulullah s.a.w., sama ada dari akhlaknya, adabnya, tawadhu'nya, kemurahan hatinya, keberaniannya, kemuliaannya dan tauhidnya yang murni. Apatah lagi pada zaman sekarang ini, tauhid dan akhlak perlu disebarluaskan kerana kedua-duanyalah kaum muslimin menjadi jaya dan Islam semakin tersebar.
Betapa indahnya ucapan seorang penyair:
"Sesungguhnya bangsa itu hanya tegak selama memiliki akhlak, jika mereka kehilangan akhlaknya maka punahlah mereka."
Buku ini dicerita dalam bentuk hadis-hadis sahih. Sebuah buku yang bagus, menarik dan terbaik dalam membicarakan keseluruhan keperibadian Rasulullah s.a.w. kerana ditulis oleh seorang ulama sunnah kini yang luas ilmunya dan hebat dengan gaya penulisannya.
http://www.jahabersa.com.my