-
?max-results="+numposts5+"&orderby=published&alt=json-in-script&callback=recentarticles1\"><\/script>");
Featured
Featured
Gallery
Technology
Video
Games
Recent Posts
Friday, 20 June 2014
Kisah Nyata : Dokter Ishan Sang Ahli Bedah
Kisah ini terjadi di Pakistan. Seorang Dr Ahli Bedah terkenal (Dr.
Ishan) tergesa-gesa menuju airport. Beliau berencana akan menghadiri
Seminar Dunia dalam bidang kedokteran, yang akan membahas penemuan
terbesarnya di bidang kedokteran.
Wednesday, 8 August 2012
Buku2 Terbaru Dr Zahazan Mohamed
Himpunan Kisah Benar Tapi Pelik
Penulis: Dr. Zahazan Bin Mohamed
Terbitan: Telaga Biru
Harga: RM26.00
Buku ini disusun berdasarkan kitab-kitab sejarah yang muktabar, yang merekodkan peristiwa-peristiwa luar biasa yang sangat memberikan rasa kekaguman dan keinsafan kepada diri yang membaca. Perkara-perkara benar tapi pelik yang didatangkan oleh para nabi dengan izin Allah menjadi al-bayyinat dan al-ayat, iaitu tanda-tanda kebenaran dakwah yang diperjuangkan serta bukti-bukti kebesaran Allah.
101 Doa Mohon Makbul
Penulis: Dr. Zahazan Bin Mohamed
Kartunis: Nik Wafdi Nik Jaafar
Terbitan: Telaga Biru
Harga: RM20.00
Buku ini merupakan garapan menarik daripada buku 101 Doa daripada Hadis-hadis Sahih, tulisan Dr Zahazan Mohamed. Dipersembahkan semula secara santai dan menarik dengan ilustrasi kartun yang menghiburkan oleh Kartunis Nik.
Tuesday, 31 July 2012
Adakah Makhluk Sebelum Adam
Syaikh Abdul Muni'm Ibrahim
Pustaka al-Kautsar
Merupakan hal penting bagi setiap muslim mengetahui kisah awal penciptaan makhluk di alam semesta ini. Yang demikian itu agar mereka dapat mengambil hikmah dan pelajaran dari keagungan ciptaan Allah dan kemahakuasaan-Nya. Betapa Allah telah menganjurkan kita agar memikirkan dan merenungkan ciptaan-ciptaanNya yang terhampar luas dijagad semesta, supaya kita beriman dan mengakui keagungan-Nya. Buku ini, dengan disertai dalik-dalil dari Al-Qur'an dan As-Sunnah memaparkan secara detil berbagai pendapat para ulama tentang makhluk-makhluk Allah di alam semesta sebelum penciptaan Adam Alaihissalam.
Sungguh, buku ini amat penting dibaca, karena selain untuk menambah wawasan dan meluruskan pemahaman setiap muslim, isinya juga dengan tegas mengcounter pendapat-pendapat menyimpang yang bersumber dari kisah-kisah isra 'iliyat yang selama ini banyak beredar.
Wednesday, 25 July 2012
Buku Baru: Al-Bidayah wa An-Nihayah Jilid 1
Penulis: Ibnu Katsir
Tahqiq: Dr Abdullah at-Turki
Penerbit: Pustaka Azzam
Monday, 23 July 2012
Sahih Tarikh at-Tabari Jilid 1-5
Penulis: Imam Abu Ja'far B. Jarir ath-Thabari
Tahqiq, Takhrij, dan Ta'liq oleh Muhammad B. Thahir al-Barzanji
Penerbit: Pustaka Azzam
Ini adalah terjemahan kitab Tarikh al-Umam wa al-Muluk yang merupakan nama lain bagi kitab Tarikh ath-Thabari. Kitab Tarikh al-Umam wa al-Muluk inilah antara yang menjadikan nama imam ath-Thabari rahimahullah (Wafat: 310H) cukup dikenali, reputasinya berkilau, namanya disebut di lipatan-lipatan sejarah Islam. Nama beliau harum sebagai salah seorang ahli sejarah terkemuka.
Al-Hamawi rahimahullah mengatakan, �Kitab ini merupakan kitab yang tiada tanding taranya di dunia, sama ada dari segi keutamaan ataupun kemasyhuran. Kitab ini mengandungi ilmu yang sarat, sama ada ilmu berkaitan dunia ataupun agama. Dan pada awalnya, ketebalan kitab ini adalah sekitar 5000 lembaran lebih.� (Mu�jam al-Adibba�, 18/70)
Kitab ini memiliki keududukan yang tinggi dalam bab penulisan dan periwayatan sejarah Islam di tiga abad Hijriah yang pertama. Kitab ini juga dianggap sebagai rujukan paling terpercaya sekaligus menduduki urutan teratas dalam deretan buku-buku sejarah lainnya. Selain itu, beliau juga dikenali sebagai ulama Tafsir yang mengemukakan methode tafsir dengan riwayat-riwayat tafsir dari sejumlah besar perkataan para salaf. Dan kitab Tafsir beliau yang cukup terkenal adalah Jami� al-Bayan fi Ta�wil al-Qur�an, atau lebih dikenali sebagai Tafsir ath-Thabari.
Imam ath-Thabari rahimahullah memulakan perbahasan kitab Tarikh-nya ini dengan persoalan waktu dan definisinya. Kemudian beliau menjelaskan tentang penciptaan waktu, sifat-sifat waktu, makhluk terawal diciptakan, malam dan siang, penciptaan iblis, dan seterusnya tentang penciptaan Adam �alaihis salam. Beliau turut membahaskan sejarah di zaman Adam �alaihis Salam, bagaimana Adam dan Hawa diturunkan ke bumi, Kisah Adam di Syurga, kehidupan dan kematiannya di dunia, dan kisah-kisah setelah itu. Seterusnya beliau meneruskan perbahasannya tentang sejarah dan kisah-kisah kehidupan para raja dan para Nabi dari Adam, Idris, Syu�aib, Yusuf, keluarga Ya�qub, Yusya�, Sulaiman, Zakariya, dan seterusnya sehinggalah kepada Nabi Muhammad Shallallahu �alaihi wa Salam.
Dalam perjalanan kisah hidup para Nabi, beliau turut memuatkan sejarah dan kisah-kisah kehidupan kaum-kaum yang disebutkan dalam al-Qur�an dan hadis-hadis Nabi seperti kaum Tsamud, kaum �Aad, kaum Yahudi, pengikut �Isa, bangsa parsi, bangsa Romawi, dan kaum �Arab, Jurhum, Thasam Jadi, Keturunan Ismail, dan Quraisy. ath-Thabari menceritakan secara lengkap bagaimana saat kelahiran Nabi Shalallahu �alaihi wa sallam, keadaan masyarakat �Arab sebelum datang Islam, keadaan sekitar Makkah dan Madinah, kemudian detik-detik kelahiran Nabi, keturunannya atau nasabnya, moyang dari datuk dan neneknya, pernikahan beliau, anak-anak dan juga isteri-isterinya di saat pengangkatan beliau sebagai Nabi, dakwah-dakwah beliau, peperangan yang diikutinya, dan seluruh perjalanan hidupnya serta para sahabatnya.
Kemudian ath-Thabari melanjutkan dengan kisah-kisah dan sejarah yang berlaku di era para Khulafa� ar-Rasyidin, peperangan dan penaklukan yang berlaku ketika itu, dan kemudian diteruskan dengan kisah-kisah dan sejarah di zaman para khalifah dari bani Umayyah dan bani �Abbasiyah. Kitab ini mencakupi sejarah-sejarah dunia, dari awal mula penciptaannya sehingga ke era tahun 302H/915M. Beliau menghentikan penulisan kitabnya ini sekitar tahun 303H.
Thursday, 16 June 2011
Wednesday, 15 June 2011
Biografi Gemilang Imam Mazhab 4 karya Muhammad Abu Zahrah
Alhamdulillah, akhirnya Berlian Publications Sdn Bhd telah menerbitkan empat buku baru karya seorang ulama' Mesir terkenal, Syeikh Muhammad Abu Zahrah dalam set Biografi Gemilang yang menampilkan kisah Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafie dan Imam Hanbali, imam mazhab empat terkenal.
Judul asal buku ini ialah Hayatuhu wa 'Ashruhu, Ara'uhu wa Fiqhuhu bagi setiap imam mazhab.
Imam Abu Hanifah adalah seorang berjiwa besar dan berakhlak tinggi. Beliau seorang yang bijak dalam ilmu pengetahuan. Cekap memberi keputusan dan mempunyai jiwa yang konsisten.
Ketika hayatnya, beliau mengikuti pelbagai perkembangan ilmu pengetahuan, baik di bidang ilmu dan politik mahupun ilmu agama. Zaman beliau dikenali sebagai zaman pertumbuhan politik, agama serta ideologi yang pelbagai.
Abu Hanifah seorang yang luas pemikiran dan banyak ilmu. Tetapi beliau sangat merendah diri dan tidak terpedaya dengan fikirannya sendiri.
Imam Malik, sewaktu hidupnya mengalami dua corak pemerintahan iaitu Ummaiyah dan Abbasiyah, di mana pertelingkahan sengit dua pemerintahan sering berlaku.
Hukum fiqh yang diberikan oleh Imam Malik berdasarkan al-Quran dan hadis. Imam Malik menjadikan hadis sebagai pembantu bagi memahami al-Quran. Beliau juga sangat cermat dalam memberi penerangan dan hukum.
Memetik katanya (dalam halaman 102 buku biografi Imam Malik): �Sebaik-baik perkara, adalah perkara yang jelas. Jika engkau berada antara dua perkara, sementara ada satu daripada keduanya yang membuatmu ragu, maka ambillah yang paling engkau percayai.�
Banyak lagi kisah menarik boleh dikutip daripada keperibadian Imam Malik, begitu juga Imam Syafie yang terkenal sebagai pencetus ilmu usul fikah dan meletak asas serta kaedah yang dijadikan panduan untuk melakukan penggalian hukum. Begitu juga mengenai Imam Ahmad (Imam Hanbali) yang alim dalam ilmu hadis dan fiqh.